
Sulit
3 tahun
Sakit menyucuk dibelah kiri dada ke bahagian bahu dan lengan sedikit
saya wanita bujang, 41 tahun. kebelakangan ini merasa sakit ( menyucuk2 ) di dada kiri. Adakala membawa ke kanan tetapi lebih jelas belah kiri, hampir 2 minggu. Sakit itu adakala membawa ke bahu kiri bahagian atas dan rasa sakit apabila sujud ketika solat. Pernah buat ECG 1tahun lepas tapi doc kata clear. Kali ni lebih lama sakit menyucuk nya. Simptom2 lain tiada kecuali cepat penat, kaki saya bahang menyucuk sedikit bengkak, tidak terlalu jelas.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan dan ketidakselesaan anda tentang sakit mencucuk di sebelah kiri dada ke bahagian bahu dan lengan selama hampir 2 minggu yang disertai dengan bengkak pada kaki.
Umumnya gejala sakit yang mencucuk pada dada sebelah kiri yang terkadang dapat menyebar ke anggota tubuh yang lain boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain, antaranya termasuk
- kekejangan otot
- pedih ulu hati
Namun begitu, gejala-gejala tersebut boleh manandakan gangguan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan lebih lanjut, seperti
- gangguan jantung
- keradangan organ saluran pencernaan
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Jantung