
Sulit
5 tahun
Sakit Muntahkan darah
doctor sya mau tnya …adik saya muntah darah …tpi adik sya itu ada sakit gastrik kronik …dn bila chck ke hstpal …doctor cakap darah putih tinggi…knapa boleh mcm tu doctor…kalau drh ptih tinggi adakn itu skit leukimia atau virus kuman saja …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman/virus
- apabila badan sakit, sel darah putih secara semula jadi akan meningkat.
- leukimia
Pihak kami tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana kami tidak memiliki laporan kesihatan anda. Jumlah dan jenis sel darah putih boleh mempengaruhi jenis penyakit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.