
ruzaini.azizan
5 tahun
Sakit nyeri bawah perut kanan
Saya F 33y/o.sakit bahagian bawah perut sebelah kanan sejak dari petang tadi. Rasa perit seperti senggugut hingga nyeri ke vagina. Pernah operate buang cyst t teratoma 2015.perut sebelah kanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut di sebelah kanan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Appendicitis (keradangan appendiks)
Batu karang atau masalah buah pinggang
Masalah sistem pencernaan
penyakit kayap- sakit datang sebelum ruam timbul
Adhesion colic
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.