Sulit
2 tahun
Sakit nyeri dan kebas pada bahagian kiri
Salam dr, saya wanita berumur 21 tahun. Saya mengalami kebas2 dan tidak selesa pada muka, leher, dada dan seluruh lengan pada bahagian sebelah kiri saya. Selain itu, saya juga sukar untuk bernafas disebabkan hidung sentiasa tersumbat dan cara pernafasan saya. Selain itu, ketidakselesaan ketika menelan mknn juga mempengaruhi kesakitan tersebut. Sebelum ini, saya sering beronani dimana tgn kiri memegang telefon n kanan sebaliknya. Pd tahap klimaks, sy dpt rasakan denyutan kepala yg sakit tp ia dpt melegakan kesakitan pd bahagian kiri saya buat seketika. Adakah onani memberikan efek terhdap bahagian kiri tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda bimbang mengenai masalah sakit dan kebas-kebas yang dialami oleh anda dan dia menyebabkan anda sukar bernafas. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Masalah kebas yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan kebiasaannya ia dikaitkan dengan masalah saraf ataupun gagguan pengaliran darah.
Antara punca lazim yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kebas-kebas adalah:
- Masalah saraf seperti trigeminal neuralgia
- Masalah muskuloskeletal (otot dan tulang)
- Kencing manis
- Penyakit darah tinggi
- Strok
Onani tidak akan menyebabkan seseorang mengalami kebas-kebas dan sakit kepala yang dialami.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut oleh pihak kami.
Terima kasih.