Sulit
3 tahun
Sakit otot lengan secara tiba tiba
Hello doktor. Saya lelaki umur 29. Tadi pagi selepas bangun tidur. Saya rasa otot lengan saya tiba tiba rasa sakit seperti dipicit or ditekan. Saya takdr angkat berat 1 2 minggu nie.apakah masalah kesihatan yang saya hadapi.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot yang tegang
- Keradangan otot
- Kekurangan sodium
- Masalah saraf
- Radang sendi (Rheumatoid arthritis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
























