
Sulit
2 tahun
Sakit otot perut bila bersin dan batuk bahagian sisi kiri bawah tulang rusuk
Bila batuk & bersin terasa sakit seperti otot dibahagian sisi kiri depan bawah tulang rusuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, jika anda mengalami batuk secara kronik dan berlanjutan, ia boleh menyebabkan tekanan pada dalam perut anda sehingga menyebabkan kesakitan otot perut. oleh itu, perkara utama yang perlu dirawat ialah masalah batuk dan bersin yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.