
Sulit
3 tahun
Sakit pada bahagia lutut hingga ke hujung kaki
saya perempuan berumur 18 tahun dan beberapa hari lepas lutut sy sntiasa sakit hingga ke hujung kaki termasuk betis dn kaki sy mcm x boleh gerak kerana terlalu sakit mase sy tingkatan 5 pernah mengalami benda yg sama pada awal tahun dan kaki saya sakit dlm masa 2 hari shaja tapi sekarang dah nak masuk setiap hari kaki saya sakit tiap kali nak tidur dan mase tingkatan 2-4 saya sering sakit tulang belakang tapi sekarang diganti dengan sakit kaki pula …kenapa ye doctor?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah kesakitan di bahagian lutut sehingga ke hujung kaki Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- terseliuh
- masalah pada ligamen, tendon atau otot
- masalah pada tulang seperti retak atau patah
- masalah urat
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutamanya jika anda mula mengalami simptom seperti kesakitan kuat atau mengalami kesemutan dan kebas di kaki kerana ia mungkin menandakan masalah yang serius dan perlukan rawatan segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.