
Sulit
5 tahun
Sakit pada bahagian atas dada menyebabkan sukar bernafas
Saya lelaki berumur 22 tahun.Saya telah mengalami sakit pada bahgian ats dada menyebabkan saya sukar untuk bernafas.Kesakitan ini berlanjutan selama beberapa hari kebelkangan ini.Ini merisaukan saya.Saya ingin bertanya pada Doktor apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangi keskitan yang saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada adan sukar bernafas boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan paru-paru atau selaput paru-paru
- Radang hempedu - akibat jangkitan atau batu karang
- Radang tulang rusuk - akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Ketegangan atau kecederaan otot dada
- Paru-paru bocor (pneumothorax)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.