Sulit
3 tahun
Sakit pada bahagian belakang mata yang teramat pedih
Saya remaja berumur 16 tahun, saya mengalami sakit pada belakang mata yang kerap dan menyukarkan saya membuat aktiviti harian, ia sangat menggangu. Apakah puncanya dan adakah saya perlu berjumpa dengan doktor berhampiran tempat tinggal?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang sinus
- Tegangan sakit kepala (Tension headache)
- Migraine
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Ingin kami tekankan supaya anda membuat pemeriksaan dengan doktor kerana perkara ini memerlukan perhatian kerana kami bimbang ia berpunca daripada sebab yang lebih teruk dan ia mengganggu aktiviti harian anda. Rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami yang bertauliah mengenai masalah anda. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.