
Sulit
5 tahun
Sakit pada bahagian dalam pipi
Saya wanita berumur 20 tahun. Baru2 ini saya mengalamai kesakitan mulut pada bahagian pipi kanan berdekatan dengan gigi bawah. Saya melihat cermin seperti ada sedikit bengkak pada bahagian pipi. Kadang2 rasa sakit hilang dan kadang2 terlalu sakit. Dan rasa sakit itu memberi effect kepaxa gigi bawah saya. Saya tidak pasti apakah punca pipi saya sakit. Adakah ia penyakit yang serious atau akan hilang dengan sendiri ?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Kesan luka daripada tergigit atau trauma
- Apthous ulcer
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan masalah di dalam mulut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.