Sulit
6 tahun
Sakit pada bahagian dlm pusat dan sekitarnya
Saya wanita umur 27thun… Sudah mempunyai satu anak… Baru2 ney dalam seminggu ney bahagian pusat saya terasa sakit… Dan agak berbau… Walaupon saya suda cuci bahagian pusat saya masih berbau dan sakit
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada bahagian pusat
- Nanah pada bahagian pusat
- Keradangan appendiks atau usus
- Keracunan makanan
- Batu karang
- Kandungan luar rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































