
milikallah4ever
6 tahun
Sakit pada bahagian kulit peha kanan , hanya pada bahagian kulit peha sahaja , bukan krem dan sebagainya
Saya ibu hamil berusia 23 tahun…dengan mengandung anak kedua 14minggu… saya sekarang alami penyakit yang mengelirukan sebab ada jumpa doktor di KKIA tapi doktor pon tak ada jawapan … cuma pernah jumpa seorang doktor… masalah yang saya alami pada kulit peha kanan…bermula dengan kebas , kemudian gatal merenyam , saya tak garu…apabila tiba waktu tengah malam… di situ jadi mencucuk dan seperti disimbah minyak panas … rasa kulit seperti disiat2 … setiap hari saya alami masalah saya… saya takde sebarang masalah alergik … sampai sekarang di bahagian kulit tu terasa macam kena suntik bius… pegang tak berapa rasa tapi perit …macam kebas … tapi seolah2 sakitnya ibarat luka melecur … tapi fizikal kulit itu tiada sebarang lebam / merah / bintik2… mohon kepada dr yang tahu… saya nak sangat tahu… malam2 saya tak boleh tidur menahan sakit pada bahagian itu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk mengetahui masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum membuat kesimpulan. Oleh itu, saya sarankan untuk anda klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga.
Terima kasih.