
Sulit
5 tahun
Sakit pada bahagian lutut kaki kanan
Saya wanita berumur 20 tahun dan mengalami sakit pada bahagian tepi lutut kaki kanan sejak bulan yang lepas. Walhal, saya tidak terjatuh atau mengalami sebarang luka pada lutut saya. Selalunya saya akan mengalami kesakitan pada bahagian tersebut apabila duduk bersila terlalu lama atau kaki diluruskan untuk jangka masa lama. Saya agak risau kerana saya akan menghadiri kelas taekwondo pada minggu hadapan. Harap doktor dapat memberikan penerangan kepada saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lutut yang anda alami boleh disebabkan pelbagai faktor seperti:
- Kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan (“muscle strain”)
- Kecederaan pada ACL/PCL/tendon/meniskus lutut
- rapuh/hakisan tulang - akibat faktor usia atau kurang kalsium
- Sakit dari pinggang (“referred pain”)
- Osteoartritis - radang sendi
- Gout
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.