
Sulit
3 tahun
Sakit pada bahagian rusuk
Saya wanita berumur 26tahun . Baru-baru ini saya merasa sakit pada bahagian rusuk kiri dan kanan hadapan dan belakang . Apabila berdiri semakin bertambah sakit .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit pada bahagian rusuk kiri, kanan, hadapan dan belakang. Apabila berdiri semakin bertambah sakit. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sakit otot
- Kedudukan badan yang tidak betul sewaktu melakukan aktiviti
- Posisi yang salah ketika tidur
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- trauma tulang rusuk
- tanda-tanda gangguan paru-paru
- jangkitan kuman
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor