
Sulit
3 tahun
Sakit pada bahagian tekak
Saya dah hampir sebulan mengalami penyakit ni…terasa macam ada lendir atau sesuatu pada tekak saya. Saya dah pegi klinik…doktor bagi ubat sakit tekak dgn antibiotik dan gastrik. Ubat dah nk abis tapi masih macam tu juga. Kadang sesekali saya mcm rasa risau dan takut…kot ada penyakit yg bahaya.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tonsil ( tonsillitis )
- Jangkitan telinga
- Radang laring dan faring ( laryngitis dan pharingitis )
- Bendasing ( foreign body ) di dalam rongga pernafasan
- Jangkitan saluran pernafasan ( respiratory tract infection )
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.