Sulit
6 tahun
Sakit pada bahgia bawah perut dan pinggang
Assalamualaikum doktor , saya wanita berusia 21 tahun dan masih belum berkahwin lagi . Sejak 2 bulan kebelakangan ni saya kerap mengalami masalah kembung perut dan perut jugak agak keras. Dan ini juga menyebabkan saya terasa
hendak muntah . Selain itu juga , bahgian bawah perut juga turut sakit sekaligus pinggang . Period saya juga berlarutan sehingga 4 minggu pada bulan lepas selepas 5 bulan tidak haid . Adakah ini normal ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Fibroid dalam rahim
- Endometriosis - sel lapisan rahim yang mengalami keradangan
- Kista ovari - seperti Sindrom Polisistik ovari
- Penyakit radang usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























