
Sulit
3 tahun
Sakit pada bahgian dada
Hi dr, saya wanita 20-an ingin bertanya, saya berasa sakit pada bahgian dada sewaktu ingin makan ,atau minum dan ketika ingin sendawa, atau menelan sesuatu.rasanya seperti ada sesuatu tersangkut di dada saya.saya dah berjumpa dengan dr yang lain dan mendapatkan antibiotik tetapi tiada perubahan, apakah penyakit kepada simptom yang saya ada ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Refleks asid dari perut (GERD )
- Gastritis
- Peptic ulcer
- Pancreatitis
- Batu hempedu
- Esophagitis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor