Sulit
6 tahun
Sakit pada bawah ari2 dan sebelah kanan
Saya mengalami sakit pada ari2 yang rasanya mencucuk2, slepas tu akan sakit pula pada bahagian kanan perut yang juga rasa mencucuk2 dalam masa sehari dan hilang…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada ari-ari sebelah kanan anda boleh disebabkan:
- Kekejangan otot pelvis/perut
- Bagi wanita - ovulasi, ovari terbelit
- Radang saluran kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Radang apendiks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























