
Sulit
4 tahun
Sakit pada bekas pembedahan kaki
Hai, salam sejahtera Dr, sejarah saya pada tahun 2006 terlibat kemalangan jalan raya dan mengalami patah tulang fibula n tibula, Dr telah masukkan implan(besi)… masalah saya sekarang saya mengalami sakit dibahagian lutut (bekas pembedahan dan bahagian skru bila saya berjalan jarak jauh dan ketika berjongging. Mohon pencerahan Dr, Sekian.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit lutut anda, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
kekurangan zat besi dan kalsium
aktiviti yang membebankan
tidak cukup rehat
rapuh/hakisan tulang
Radang sendi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk saya mencari tahu punca sebanar sakit kaki anda hanya dari maklumat yang anda berikan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.