
Sulit
4 tahun
Sakit pada kanan perut
Ayah saya berumur dalam 50an, baru2 ini dia mengalami sakit memulas pada bahagian kanan perut dn pingang terasa sakit secara tiba tiba, dan dia sudah pergi ke beberapa klinik dan mengambil ubat, dan sekarng sudah 1 minggu masih terasa sakit lagi, dan dia juga mengalami beberapa simtom seperti angin pada perut dn sakit secara tiba tiba, dan dia berasa selalu lapar walaupon lepas makan dan juga berasa sakit di bahagian pingang , , mohon pencerahan nya doctor, dan terima kaseh bnyk

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan gejala sakit perut yang anda nyatakan, beberapa punca boleh dikenalpasti. Antaranya ialah:
- appendiks
- Jangkitan kuman dalam paru-paru
- Hipertiroid
- Jangkitan saluran kencing/buah pinggang
- Batu karang
- Gastroenteritis virus
Namun begitu, untuk mengenalpasti lebih lanjut akan diagnosis yang tepat, sejarah perubatan dan sakit tersebut perlu diperincikan lagi. Cik/puan boleh menghubungi secara privasi di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat berkaitan sakit yang dihadapi.