Sulit
4 tahun
Sakit pada payudara dan puting
Hi . Saya umur 20 . Saya belum berkahwin. 2,3 hari ni saya terasa sakit pada payudara kedua dua belah dan rasanya seakan ketika premenstruasi tetapi saya sudah pun seminggu berlalu waktu haid saya . Puting pada payudara saya kerap kali berdenyut tetapi tidak berpanjangan bermula 2,3 hari lepas . Sampai harini saya masih rasa sakit walaupun haid baru sahaja berakhir. Serta tiada cecair keluar dan tiada ketulan dan juga tidak merekah dan kecut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang gejala sakit pada payudara. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala kesakitan pada payudara boleh disebabkan oleh:
- Kecederaan seperti tehantuk, terhimpit atau terketuk pada tisu payudara
- Sakit yang berkaitan kitaran haid
- Jangkitan pada payudara
- Masalah berkaitan tisu dan otot disekitar payudara akibat pemakaian bra yang tidak sesuai.
- Ketumbuhan fibrocytic
Biasanya gejala ini akan hilang sendiri dan tidak mebahaya, tetapi jika ia berlarutan, atau bertambah sakit, sila rujuk masalah ini kepada doktor bagi pemerhatian lanjut.
Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian dan kami akan cuba membantu anda.
Terima kasih.
































