Sulit
2 tahun
Sakit pada payudara dan terdapat 1 ketulan kecil di ketiak
Saya wanita 21 tahun. baru baru ni saya dapati bahawa rasa sakit pada payudara. Saya dapati juga ada satu ketulan kecil pada ketiak tetapi tak nampak kalau dilihat dan sakit apabila ditekan. rasa sakit dan menjadi sensitif pada bahagian payudara apabila terlanggar sesuatu. Adakah itu simptom awal kanser payudara? boleh saya tahu kenapa dan apa yang perlu saya lakukan? Terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan kesakitan di bahagian payudara dan ketumbuhan di bahagian ketiak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, rasa sakit di payudara boleh disebabkan oleh:
- Kecederaan payudara
- Bengkak payudara atau mastitis
Bengkak di bahagian ketiak pula biasanya boleh berkait dengan masalah pada payudara atau tidak contohnya:
- Benjolan akibat bengkak di kalenjar limfa (sesetengah masalah payudara seperti jangkitan atau kanser menyebabkan kalenjar ini bengkak)
- Ketulan sista di bawah kulit
- Bengkak akibat jangkitan folikel rambut di ketiak
Gejala yang anda alami tidak semestinya disebabkan oleh kanser payudara. Untuk mengetahui puncanya, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hubungi kami secara atas talian untuk konsultasi lanjut agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.