
Anonymous
5 tahun
Sakit pada payudara sebelah kiri
Saya seorang perempuan berumur 19 tahun. Saya sering mengalami rasa sakit pada payudara di sebelah kiri, iaitu dikawasan bawah ketiak. Saya mendapati kawasan tersebut sakit bila disentuh tetapi payudara disebelah kanan tidak begitu. Kadangkala saya rasa sakit berdenyut2 pada kawasan itu untuk beberapa saat. Kadangkala kerap dan kadangkala tidak. Saya mendapati payudara kiri saya lebih kecil dah keras berbanding payudara belah kanan. Terutama bahagian puting. Puting disebelah kiri biasa nya selalu keras dan rasa nyeri bila di sentuh manakala puting di sebelah kanan lembut. Adakah normal jika sebelah puting saya lembut dan sebelah lagi keras? Terutamanya diwaktu pagi iaitu apabila saya mandi, air paip yang sejuk itu menyebabkan payudara saya disebelah kiri amat nyeri tapi payudara belah kanan saya tidah merasa sebegitu. Apabila saya cuba untuk melakukan pemeriksaan pada payudara saya, saya tidak menjumpai ketulan yang jelas tetapi kawasan yang sakit itu biasanya keras. Namun sewaktu sakitnya teruk baru saya dapat rasakan benjolan yang timbul. Saya ragu2 adakah sakit saya ini normal atau tidak? Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan dihospital? Harap doktor boleh bantu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Anda disarankan untuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.