
Anonymous
5 tahun
Sakit pada peranakan
Assalammualaikum doc , saya seorang wanita dan juga seorang ibu kepada seorang cahaya mata … saya 30/6 keluar lendir berwarna pink semasa membuang air kecil … saya fikir ianya tanda untuk dtg period … tapi selama 4 hari dari tarikh diatas hanya spot blood shja yang keluar beserta cirit birit … hari ke 4 malam saya mengalami sakit perut yang teramat sangat , mual ( muntah ) cirit birit serta seperti mahu pitam ,sakit pinggang belakang dan keluar darah yang banyak … saya sangka cuma period pain … tapi sehingga ke hari nih perut saya masih sakit ,tetapi darah kotor sudah berkurangan… apabila saya berjalan , duduk , makan mkanan pedas + minum air sejuk , mandi , perut saya sakit …
Minta jasa baik doc utk menjelaskan ttg penyakit saya ? Terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan gejala-gejala yang anda sebutkan, beberapa faktor berkemungkinan menyebabkan rasa sakit tersebut seperti:
- Fibroid
- Kehamilan ektopik
- Endometriosis
- Penyakit Radang Pelvis
- Cyst Ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Sekiranya anda sangat berasa sakit, anda boleh berjumpa dengan segera dengan doktor dihospital bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Terima kasih.