
Anonymous
6 tahun
Sakit pada pinggang
Hai doc,
Saya Puan T berumur 29 tahun, mempunyai 2 orang anak. Sekarang masih menyusukan anak yg berusia 13bulan. Kebelakangan ini saya kerap merasa sakit pada bahagian pinggang. Sebelum ini telah pernah ke klinik kesihatan dan hasil urine menunjukkan terdapat darah. Doc disitu memberi ubat tahan sakit. Tapi masalahnya sekarang sakit tersebut tidak hilang dan yang terbaru saya mula merasa sakit pada bahagian bawah bawah pusat iaitu berhampiran pundi. Selain itu saya turut merasa sakit semasa hendak kencing dan merasa tidak lancar… Saya akui saya seorang yg kurang minum air kosong. Btw, saya tidak pernah period selepas melahirkan anak. Adakah kemungkinan saya mengidap penyakit lain? Sekian, Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Persefahaman saya terhadap soalan anda adalah ingin megetahui punca punca sakit ketika kencing.Antaranya adalah:
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih