
Sulit
4 tahun
Sakit pada saluran buah zakar
Saya mengalami sakit senak teramat sangat pada saluran buah zakar selepas ada rangsangan yang kuat ataupun menahan sperma dari keluar. Ada juga terasa ada ketulan-ketulan angin pada saluran buah zakar. Apa sebenarnya yang saya tengah alami? Adalah saya perlu berjumpa Doktor Sakit Tuan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit ketika menahan daripada sperma keluar boleh disebabkan:
- Radang saluran atau buah pinggang - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Jangkitan dalam saluran epididimis - saluran sperma
- Angin pasang (hernia) dalam buah zakar - rasa sakit disebabkan tekanan pada struktur hernia
- Masalah kalenjar prostat - seperti bengkak, keradangan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) jika anda ingin bercakap dengan salah seorang doktor yang didaftar dengan pihak kami ATAU
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian jika berminat.
Justeru, masalah ini boleh dirawat dengan doktor pakar sakit tuan atau “urologist” yang berperanan untuk merawat masalah pada alat kelamin yang anda hadapi.
Pendapat doktor pakar sakit tuan boleh didapati melalui link ini (Specialist Booking).
Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.