
Sulit
3 tahun
Sakit pada saluran makan
Saya lelaki 26 tahun. Sejak 3 hari yang lalu, saya alami rasa sakit pada bahagian tengah dada. Saya andaikan sakit pada saluran makan. Setiap kali menelan makanan, minuman atau sendawa, saya akan rasa sakit ditengah-tengah dada. Sekarang, kalau berbaring tanpa buat apa-apa turut rasa sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit dada adalah terlalu umum dan kami tidak dapat menentukan punca masaah anda. Masalah anda boleh berpunca daripada sistem penghadaman makanan, masalah jantung ataupun daripada punca lain.
Secara amnya, berikut merupakan beberapa punca :
- Esophagitis
- Masalah GERD
- Masalah gastrik
- Indigestion
- Masalah jantung koronari
- Radang paru-paru
Saranan kami untuk anda adalah untuk merujuk perkara ini kepada doktor perubatan supaya ia dapat disiasat dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi atas talian supaya kami dapat membantu anda mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.
Terima kasih, Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.