Sulit
5 tahun
Sakit pada sebelah kanan perut
Hai doktor… saya berumur 30 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai 2 anak. Saya mempunyai masalah dimana sering berasa sakit pada perut sebelah kanan atas pusat. Saya perasan sakit ini setelah bersalin anak sulong saya yang sekarang dh berumur 4 tahun. Saya sering berasa tidak selesa pada bahagian tersebut dan kesakitan biasanya dirasa sehingga ke belakang pinggang dan dalam punggung. Perut pada bahagian itu juga sering kembung dan sakit apabila ditekan dalam perut. Buang air besar saya normal sahaja. Saya pernah ke klinik kerana masalah tersebut dan doktor mengatakan saya banyak angin.Saya juga kerap berasa sakit di celah kelangkangan dan kemaluan jika duduk lama di atas kerusi . Adakah sakit tersebut berkait doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada perut sebelah kanan atas pusat. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika masalah ini berlarutan, sehingga menyebabkan aktiviti harian anda terjejas, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan rawatan yang tepat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih






























