
Sulit
5 tahun
Sakit pada tengah dada
sy seorang lelaki berumur 25 tahun…saya mula sakit dada lebih kurang 4 bulan yang lalu…telah ke hospital untuk xray dan doktor mngatakan dada saya dalam keadaan normal dan telah diberikan ubat tahan sakit…tetapi mengapa saya masih sakit tengah dada…untuk makluman doktor saya pernah accident motosikal dan patah tulang selangka…dada saya terasa sakit ketika saya buat pergerakan mengejut …dan apabila saya tekan tengah dada menggunakan tangan kiri…tapi tidak sakit apabila saya tekan menggunakan tangan kanan…adakah ini berkaitan bekas patah saya?ataupun masalah tulang saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sama ada berkait dengan kemalangan yang lalu atau tidak memerlukan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut dari anda dan juga melakukan pemeriksaan fizikal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.