Sulit
3 tahun
Sakit Pada Tulang Rusuk Bawah Kanan
Hai doc, since Tuesday (22/12/2020) tulang rusuk sebelah bawah kanan terasa sakit. Sebelum itu saya pergi bersenam dan jogging sejauh 6km. Semasa jogging ada sedikit rasa sakit sebelah kanan tapi hanya dalam tempoh yang singkat. Selepas itu hilang dan datang balik pada keesokkan harinya. Sakit tersebut on off on off sehingga la hari ini. Bagaimana ini boleh berlaku ? Dan apakah solusinya ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketegangan dan kecederaan otot tulang rusuk
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Batu karang buah pinggang
- Jangkitan paru- paru
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.