
Sulit
3 tahun
Sakit pangkal peha hingga ke betis sebelah kiri
Saya berumur 28tahun,seorang wanita baru sahaja melahirkan baby pada bulan 4/2021, seorang ibu breastfeeding, dan juga telah menerima 2dos vaksin lengkap, sejak2 dari bulan 8 saya sering mengalami sakit bahagian pangkal peha sebelah kiri kemudian hilang,dan kali ni dia sakit lagi dan bertambah sakit bila saya nak ubah posisi baring,duduk,dan berjalan. Rasa sakit bila saya ubah posisi seperti terseliuh/tergeliat… nyilu sakit sangat. Apakah masalah yg saya hadapi? Tq in advance doctor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, sakit bahagian pangkal peha sebelah kiri boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan otot atau sendi peha
- Gangguan saluran darah
- Gangguan saraf
- Angin pasang
- Batu karang
- Penyakit radang pelvis
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.