Anonymous
6 tahun
Sakit payu udara sebelah kiri
Saya Perempuan yang berumur 16 saya sering sakit dan ada satu ketulan, sejak 2 tahun lalu,2 tahun lalu saya dah pergi ke hospital dan berjumpa pakar, bagi masalah ini,dan doktor tersebut dapat merasai tetapi apabila membuat ultrasound mereka tidak menjumpai selepas buat ultrasound tersebut, tiada lagi temu janji dengan doktor,doktor menjangkai penyakit keturunan oleh arwah ibu sedara sebelah ayah saya, apakah yg saya patut lakukan,kerana saya rasa bimbang dan takut,tetapi selalunya bagi perempuan sebelum datang bulan sentiasa ade kesan nak dtg bulan seperti di payu udara,tetapi saya bukan sebelum nak datang bulan tetapi kerap kali bila Bila masa sahaja ia sakit,saya sangat bimbang dan takut,dengan usia yang masih muda.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sakit payudara boleh disebabkan oleh:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Memandangkan puan telah pun melalui pembedahan untuk membuang ketulan satu lagi pemeriksaan boleh dilakukan untuk memastikan ketulan tersebut masih wujud ataupun tidak .
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































