
Anonymous
4 tahun
Sakit payudara bahagian kiri tanpa benjolan
Hi Dr, harap dapat jawab persoalan saya. saya wanita yang berumur 22 tahun. masih lagi seorang pelajar. saya menghadapi beberapa persoalan tentang diri saya. saya agak kerap sakit dibahagian payudara sebelah kiri tetapi tiada benjolan. rasa sakit tu datang dalam beberapa minit saja kadang kala 2-3 hari lepas tu datang balik rasa sakit tu. rasa sakit tu seolah-olah nyeri urat atau kadang kala berasa pedih dan sakit seperti ditekan. tambahan rasa sakit tu kerap datang apabila hampir datang bulan dan semasa datang bulan. dan ketika datang bulan akan adanya benjolan di ketiak sebelah kiri dan bejolan itu hilang selepas tempoh period tamat. adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan pada payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila benjolan payudara disertai gejala berikut:
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.