Sulit
3 tahun
Sakit payudara di bahagian tengah
hi doctor , saya berumur 15 tahun , kebelakangan ini saya merasakan seperti sakit di bahagian tengah payudara , ianya berada di sebelah kanan bahagian tengah , ianya seperti berbentuk gunpalan atau bulat kecil namun ianya tidak menunjukkan bentuk , saya hanya dapat merasakan bentuknya apabila saya memegang tempat yang sakit itu , sakit ini masih berterusan sehingga hari ini , adakah ianya sejenis penyakit seperti kanser payudara ? di sekeliling keluarga saya juga tidak ada yang pernah menghidap kanser payudara . saya harap doctor respon pertanyaan saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan payudara (mastitis)
- Breast cyst
- Fibroadenoma payudara
- Perubahan fibrocystic payudara
- Fat necrosis
- Lipoma
- Sebaceous cyst
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Terdapat darah atau nanah keluar daripada puting
- Kawasan payurada bengkak
- Kemerahan di kawasan payudara
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.