
Sulit
5 tahun
Sakit payudara di sebelah kanan bawah ketiak
saya wanita berumur 26 thun, tidak berkahwin lg . tapi payudara sebelah kanan saya sakit . sakit hanya di area bawah ketiak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, sakit pada payudara ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pembengkakan payudara- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Mastalgia (noncyclical)
Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
Mastitis iaitu keradangan payudara
Inflammatory breast cancer
Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.