fatind164
6 tahun
Sakit payudara dua2 bahagian
Hai…saya wanita umur 22 tahun dan masih belajar…doktor saya nak tanya saya mengalami sakit payudara dua2 bahagian…dan sakit dah seminggu saya rasa…sekarang saya tgh demam…banyak berpeluh dalam rumah walaupon sudah bukak aircond…seluruh badan saya sakit…doktor tahu ke masalah yang saya hadapi sekarang.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan simptom tersebut. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sakit pada payudara boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan
- Kalenjar payudara tersumbat
- Sakit yang berpunca dari otot, saraf atau tulang dada
Disebabkan anda juga mengalami simptom lain seperti demam, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut agar puncanya dapat diketahui. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!
































