
jesruby90
4 tahun
Sakit pd bhgian lubang dubur
Saya wanita dalam 20’an. Saya mengalami sembelit pd 3 hari lps dan terasa perit pd bhgian lubang dubur hingga skrg. Saya tidak mengalami pendarahan. Hanya terase perit semasa BAB. apakah yg saya alami dan apa yang saya perlu buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memerlukan pelbagai maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca utama masalah yang anda hadapi. Maka, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang mungkin anda hadapi.
- Nanah pada dubur
- Keradangan usus (inflammatory bowel disease)
- Bisul pada bahagian dubur
- Kerekahan dubur (anal fissure)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.