
Sulit
3 tahun
Sakit perot selepas makan
saya wanita berumur 30tahun…kerap beberapa hari ini saya sakit perot selepas makan… boleh saya tahu kenapa tak doktor… maaf…saya tak pernah ada gastrik… tapi dalam beberapa hari ini saya kerap sakit perot selepas makan dan cirit birit…terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah sakit perut selepas makan disertai dengan gejala cirit birit. Selain itu anda juga kurang mmembuang dalam masa 3 hari ini. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Perut yang kosong sehingga menyebabkan lapar
- Pergerakan peristalsis usus dan keperluan untuk membuang air besar
- Ketegangan otot abdomen
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , termasuk:
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- Asid refluks (GERD)
- keradangan usus
- Batu karang buah pinggang
- Radang pankreas (pancreatitis)
Untuk menentukan dan mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh anda, pemeriksaan dan penilaian perlu dilakukan. Oleh itu, anda amat dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.