
Sulit
4 tahun
Sakit perut 2 minggu kadang kadang berak cair kadang kadang berak normal
Saya lelaki berusia 18 tahun saya mengalami cirit birit selama dua minggu kadang kadang najis normal kadang kadang najis cair tapi harini saya berak kali pertama keluar najis normal dan kali kedua sama normal kali ketiganya saya keluarkan najis berketul warna kuning dan terapung apung selepas keluar tu saya teran sedikit keluar sedikit lendir putih dan selepas itu saya mengalami sedikit pening tiba tiba saya juga mengalami simptom gastrik iaitu tak lalu makan dan terasa angin di dalam perut dan sakit nya berlangsung kuat pada waktu malam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut untuk mencegahnya:
- Banyak minum air masak
- Elakkan makanan pedas dan berempah
- Ambil makanan yang lembut dan mudah dihadam
- Jaga kebersihan makanan dan tangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.