
Sulit
4 tahun
Sakit perut akibat taktahu
Saya wanita usia 23 tahun , saya sakit perut sekarang rasa menekan nekan dan sakit dada , berak tahi cair je , nak bangun pon susah baring je

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut dan cirit-birit (buang air besar cair) yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Sakit senggugut semasa kedatangan haid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta mengganggu aktiviti harian anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.