Sulit

2 tahun

Sakit perut, alahan, gastrik

Saya wanita dlm 30an…saya ada masalah gastrik dah 5 tahun, lepas tu sy turut alami alahan, gatal2 kulit & ekzema…skrg ni sy kena mkn awal pg tp sebelum mkn tu sy kena membuang dulu, kalau sy makan terus pg tu sy akan buang balik makanan yg sy mkn td…ni simptom ape ye…lepas membuang pun sy sakit perut…skrg ni mmg tiap2 hari perut sy sakit…lg satu, sy ade alahan…kalau sy mkn makanan yg sy alah, sy sakit perut, sakit kepala, sakit dada, sesak nafas…ni disebabkan ape ye…sy x pernah buat medical check up tentang kesihatan sy…selama ni gi mintak ubat je…telinga sy skrg ni berdesing belah kiri & berdengung, ni semua ade kaitan ke…sy buntu doktor…mkn pun sy byk pantang skrg…berat bdn pun turun.

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah gastrik (keradangan perut), alahan, gatal pada kulit, ekzema, sakit perut, sakit kepala, sakit dada, sesak nafas jika makan makanan yang ada alahan untuk anda, dan telinga kiri yang berdesing dan berdengung. Saya akan cuba menjelaskan simptom yang sedang anda hadapi dengan baik.

Sebagai pengetahuan, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh mengakibatkan simptom sakit perut, antaranya adalah:

  • Divertikulitis
  • Penyakit Crohn
  • Ketidakhadaman
  • Penyakit hernia (angin pasang)
  • Penyakit batu karang
  • Keradangan perut
  • Ulser

Untuk simptom yang muncul selepas anda makan makanan yang ada alahan, seperti sakit perut, sakit kepala, sakit dada, dan sesak nafas, adalah merupakan hasil tindak balas imun badan anda terhadap kandungan makanan tersebut. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan tersebut supaya dapat mengelakkan berlakunya komplikasi yang teruk. Manakala masalah gatal pada kulit dan ekzema juga boleh menjadi simptom kepada alahan yang dihidapi.

Untuk masalah telinga berdesing dan berdengung pula, terdapat beberapa keadaan yang selalu dikaitkan dengannya, seperti:

  • Kehilangan pendengaran
  • Kecederaan bahagian kepala
  • Jangkitan
  • Ubat-ubatan
  • Hipertensi
  • Penyakit telinga

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.

Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar gastroenterologi kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

candice-picard-8Y8vW2NfcQE-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)