
Sulit
4 tahun
Sakit Perut atas sebelah kiri
Hi doctor, saya wanita berumur 33 tahun… 2 hari kebelakangan ini pada waktu pagi saya sering sakit perut sebelah kiri bahagian atas… Selain itu juga badan saya merasa lemah lesu, sakit otot kaki bahagian Paha…boleh saya tahu apakah masalah seperti ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut di bahagian kiri atas ini boleh disebabkan oleh pelbagai organ di kawasan tersebut. Antaranya:
Spleen
Usus
Buah pinggang sebelah kiri
Selain itu, masalah sendi yang anda alami berkemungkinan diseabkan keletihan disebabkan terlalu banyak menggunakan otot tersebut, sakit sendi atau masalah berkaitan dengan saraf.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.