
kechiksaidi
3 tahun
Sakit perut atau gastrik
saya wanita berumur 28 tahun dan saya ada beberapa persoalan. saya perasan bahawa jika saya memakan makanan tertentu seperti tempe dan durian, ia akan membuatkan saya sakit perut yang melampau dan berpanjangan yang boleh mencapai masa selama 7 jam. saya syak bahawa ini adalah gastrik atau gerd. adakah ini sesuatu yang bahaya? apakah ubat yang perlu saya ambil?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami sakit perut yang melampau dan ingin mengetahu lebih lanjut tentang perkara tersebut.
Untuk pengetahuan anda,sakit perut yang melam[au dan tidak diberikan rawatn boleh menjadi kronik dan memberikan masalah yang teruk kepada anda.
Seseorang doktor akan merujuk anda untuk prosedur endoskopi agar dapat mengetahui punca kesakitan yang berlarutan.
Anda disarankan untuk tidak mengambil ubat tanpa nasihat doktor.
Tolong mengambil nasihat doktor dengan segara dan jangan meremehkan perkara sebegini.
Rawatan amatlah penting untuk mengelakkan mana-mana komplikasi teruk seperti pendarahan dalam.
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor melalui atas talian untuk nasihat selanjutnya.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.