
Sulit
4 tahun
Sakit Perut atau terkentut bila bulan puasa
Saya Azim… bekas pesakit kanser otak (medullastoma) tahap 3… saya nak tanya kenapa saya kerap kali kentut apabila di bulan puasa… Saya tahu saya tidak makan sayur-sayuran dan buah-buahan… Saya juga tidak makan banyak semasa di bulan Ramadhan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Sesetengah individu boleh mengalami simptom “flatulence” ini sebanyak 20 kali sehari. Antara penyebabnya ialah:
- Jenis pemakanan : Kekacang, bahan tenusu, minuman berkarbonat atau kafein, gandum, fruktos, glucos
- Radang usus (Inflammatory bowed disease, IBD)
- Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)
- Usus tersumbat (Bowel obstruction)
- Alahan terhadap bahan tenusu (Lactose intolerant)
- Kencing manis
- Ulser perut (Peptic ulcer)
Segera berjumpa doktor jika mengalami:
- Sering sakit perut dan berasa perut kembung
- Cirit- birit atau sembelit yang kerap
- Berat badan menurun
- Najis berdarah
- Demam, muntah- muntah, sakit badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.