
nurnazatulsyaheera
5 tahun
Sakit perut awal kehamilan
saya wanita berumur 25 tahun, baru berkahwin 2 bulan. dan minggu lepas sy disahkan pregnant 4-5 weeks. adakah normal jika saya merasa sakit perut seperti mencucuk & memulas di awal kehamilan? Tidak sepanjang masa tetapi kerap. jika normal, apakah langkah yang boleh diambil untuk kurangkan rasa sakit ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, hal ini boleh menjadi normal pada awal kandungan. Walaubagaimanapun, masalah ini boleh juga disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan ektopik
- Keguguran
- Jangkitan kuman disalur kencing
Anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut:
- sakit yang berlanjutan
- sakit perut
- pendarahan pada vagina, sehingga pening
- sakit sehingga ke bahu dan otot bahagian lain
Jika anda mengalami kekejangan kecil semasa kehamilan, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk pencegahan dan penjagaan diri:
- Cuba duduk, berbaring atau menukar kedudukan.
- Rendam dalam mandi hangat.
- Cuba lakukan latihan berehat.
- Letakkan botol air panas dibalut dengan tuala pada sakit.
- Pastikan anda mendapat banyak cecair.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.