
Sulit
3 tahun
Sakit perut awal pagi
saya wanita berumur 24 tahun. saya kerap mengalami sakit perut awal pagi kira-kira 6pagi ke 7 pagi. bila saya bangun tidur, perut saya akan terasa sejuk. tidak lama lepas itu perut saya akan terasa sakit macam tengah datang bulan. saya hanya mampu baring meniarap atas tilam dan tidur untuk menghilangkan rasa sakit itu. boleh tak doktor jelaskan apa yang saya sedang alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami faham bahawa anda mempunyai masalah sakit perut ketika awal pagi. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, sakit perut awal pagi boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- perut yang kosong sehingga menyebabkan lapar
- pergerakan peristalsis usus dan keperluan untuk membuang air besar
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, termasuk:
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- Asid refluks (GERD)
- keradangan usus
Oleh itu, anda amat dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.