
Sulit
5 tahun
Sakit perut bahagian abdomen
Hello. saya wanita berumur 20an dan tinggal di asrama university. saya mengalami masalah sakit perut bahagian abdomen dan rasanya seperti sakit gastric. dalam masa yg sama, saya juga mengalami sakit kepala yg teruk, rasa mual, suhu badan panas, rasa kesejukkan dan membuang air besar yang cair seperti air. sudah beberapa hari saya membuang air besar seperti itu. saya juga tidak mempunyai selera makan dan saya merasakan ini menyebabkan perut saya bertambah sakit. apa masalah ini sebenarnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Anda perlu minum lebih banyak air yang dimasak untuk menggantikan kehilangan air dalam badan melalui cirit-birit.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.