Sulit
5 tahun
Sakit perut bahagian atas dan rasa pedih ulu hati
Saya wanita 20-an. Perut saya sakit bahagian atas perut seperti mencucuk, memulas dan pedih selepas makan pil perancang. Adakah itu tanda saya hamil? Mohon penjelasan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai kesan sampingan pengambilan pil perancang. Antaranya:
- loya/muntah
- berubah kitaran haid
- sakit pada pinggang atau rahim
- emosi tidak stabil
- berat badan meningkat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































