Sulit
4 tahun
Sakit perut bahagian bawah belah kiri
hi , saya nak tanya . bulan feb tahun ni saya pernah operation appendic then dah okey . tanda dia saya sakit perut belah kanan . lepas dari 3-4 bulan macamtuu tiba tiba rasa macam sakit perut bawah belah kiri pulak lepastu saya pergi checkup balik dekat hospital . doc dah scan semua tapi takde masalah apa pun , saya pun okey jelaa sebab sakit tu tak kerap . tapi saya perasan since operation tu period saya jadi tak teratur . saya period 2kali dalam masa sebulan sampai laa sekarang which is saya kalau period selalunya 9 hari baru habis . lepastu sekarang makin lama makin kerap pulak sakit perut bawah belah kiri ni . bila saya cuba tarik nafas dalam dalam lagi tambah sakit dan perut saya bahagian bawah lagi besar dari perut atas macam orang mengandung pun ada . boleh minta pencerahan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami ketidakselesaan di bahagian bawah perut dan haid yang tidak teratur:
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome)
- Endometriosis atau adenomyosis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara umum. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya sakit tersebut mengganggu aktiviti harian dan tidur anda, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan yang lebih jelas daripada doktor kami. Terima kasih.



























