
Sulit
4 tahun
Sakit perut bahagian bawah sampai kaki
Saya berumur 24 tahun.Saya sakit perut dari bahagian bawah sampai kaki selepas saya datang period pada minggu lepas.Saya juga da demam dan sakit kepala dan mengalami keputihan yang kekadang bercampur dengan sedikit darah.Saya juga sakit untuk buang air besar dan selalu buang air besar setiap kali sakit perut…kenapa ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut bahagian bawah sampai kaki. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan dan jangkitan kuman pada bahagian bawah perut (Pelvic Inflammatory disease)
- Pembentukan tisu diluar rahim (Endometriosis)
- Ovulasi
- Menstruasi
- Kista Ovari (Ovarian Cyst)
- Uterine Fibroid
- Diverticulitis
- Kekejangan lantai otot pelvis
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih